Disini kami amat mengutamakan konsep latihan atau training yang berasaskan
suasana kampung, dan agriculture. Sesuai dengan itu, hari ini, kami ingin berkongsi secara
asas berkenaan dengan "TIPS PENANAMAN RUMPUT".
Menghias laman rumah bukan mudah terutama memilih jenis rumput yang hendak ditanam.
Begitu juga di laman D'IMPIAN COUNTRY RESORT, penjagaan yang rapi akan mengekalkan kehijauan rumput. Rumput yang kelihatan cantik dan segar, akan menjadikan suasana lebih nyaman.
Secara umumnya, terdapat beberapa jenis rumput, dan ini antara yang
biasa ditanam di Malaysia:
1-Rumput Karpet Philipine.
2-Rumput MUtiara.
3-Rumput Lembu (Cow Grass).
RUMPUT KARPET PHILIPINE.
Ramai orang kata rumput karpet Philipine adalah rumput yang mudah ditanam dan mudah
diselengarakan berbanding rumput-rumput lain. Sebab rumput Philipine suka tempat yang
banyak pencahayaan matahari kalau tempat redup memang cepat mati dan tidak berseri lagi.
RUMPUT MUTIARA
Orang kata Rumput Mutiara adalah rumput yang cantik, tidak pening kepala memikirkan
bila nak potong rumput kerana Rumput Mutiara daunnya sentiasa pendek. Tetapi perlu
diingat, penjagaannya amat cerewet sikit kerana Rumput Mutiara ni perlu cukup air
dan baja supaya kelihatan subur menghijau.
RUMPUT LEMBU ( COWGRASS )
Rumput Lembu (Cow Grass) juga cantik tapi ia rumput biasa yang banyak ditanam di
padang sekolah, orang kata mana class tanam rumput ni..hehe..
Kebiasaan Pemaju Perumahan suka tanam rumput ni, kerana ia murah dan jimat.
Bagi kami umput ni ok juga,akan tetapi in cepat panjang dan
kepala mula pening memikirkan tentang potong rumput sebulan sekali
TIPS MENANAM RUMPUT
1-Sebelum kita memulakan menanam rumput kita perlu sediakan beberapa peralatan seperti
cangkul, pongkes dan perkakas yang dirasakan perlu untuk menanam rumput.
2-Membuang rumput lama serta saki baki bahan binaan yang lazimnya dibuang oleh pekerja
kontraktor binaan dimasa dulu-dulu, yang paling penting adalah akar rumput lama perlu
dibuang habis bagi mengelakkan rumput lama dan pokok liar tumbuh kembali.
3-Seeloknya kita sembur sedikit racun rumpai yang dicampur dengan sedikit serbuk racun
benih cambah bagi menghalang rumput lama atau rumput liar tumbuh kembali.
Setelah siap, kita perlu meratakan tanah serata-ratanya dan letak pasir halus
atau tanah organik bagi menutup lapisan tanah tadi.
4-Letak kepingan rumput yang hendak ditanam mengikut saiz yang kita nak, dan
tanam dalam jarak 3 kaki setiap rumput ditanam.
5-Tabur baja dan siram air secukupnya. Antara baja yang bagus untuk suburkan
rumput gunalah Baja 1515.
6-Akhir sekali perlu diingat, 2 minggu sekali rumput tadi perlu dibaja bagi
kelihatan segar dan jangan lupa siram air 2 kali sehari.
Sekian saja Tip atau Cara Menanam Rumput dari kami warga kerja DCR.
Selamat Mencuba.
KAMI AKAN KONGSIKAN LAGI PERKARA-PERKARA MENARIK
DI LAIN HARI..NANTIKAN..
No comments:
Post a Comment