Monday, October 14, 2013

Pakej Camping



Terdapat 2 tapak perkhemahan yang mampu menampung 300 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian, sekolah, kolej yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain.


PAKEJ CAMPING A

Khemah disediakan.
4X makan sehari.             
( Sarapan, makan tghr, minum ptng & makan malam )   
Kemudahan elektrik ke kawasan khemah            
Tandas.Dewan Terbuka. PA System. Surau         
Wakaf. Kolam Mandi.Kemudahan Rekreasi
         
Min Peserta adalah 35 orang

HARGANYA :: RM40 / SEORANG

PAKEJ PILIHAN RAMAI  

( 3 Hari 2 Malam )            
* Min peserta 40 orang ke atas - Wajib  
Biasa Harga RM90           
Khemah disediakan. 10 X makan sepanjang kursus.
( Sarapan pagi ,makan tengahari, minum petang,             
makan malam dan minum malam )         
Kemudahan elektrik ke kawasan khemah            
Tandas.Dewan Terbuka dan tertutup. PA System.
Surau   
Wakaf. Kolam Mandi.Kemudahan Rekreasi       

HARGANYA :: RM80 / SEORANG   




Wednesday, October 9, 2013

Kemudahan di Resort


Antara kemudahan yang terdapat di Camp ialah :



1. Tapak Perkhemahan 200 orang
2. DewanTerbuka
3. Dataran Kawat - 200 orang
4. Surau
5. Dewan Makan terbuka
6. Bilik Air / Tandas
7. Padang Bola
8. Chalet (urusetia)
9. Chalet Besar
10. Set BBQ
11. Set Karaoke
12. Berhampiran Pekan - 10KM
13. Kolam Mancing
16. Kolam Training Rakit
17. Masjid 2.5 km

Tempat Menarik Sekitar Resort

Sawah Padi Sungai Balang




Gambar jelapang padi Sarang Buaya di Muar, Johor. Kawasan yang terletak di jalan pesisir pantai di antara Muar dan Batu Pahat ini merupakan antara jelapang padi terakhir yang masih wujud di pesisir Pantai Barat Negeri Johor yang menghadap Selat Melaka. Terletak dalam 30-35km dari Bandar Muar dan 10-15km dari Bandar Batu Pahat, di hadapan sebuah Klinik Kesihatan (Sarang Buaya) ia menjanjikan panorama yang menarik dan menenangkan untuk mereka yang melalui kawasan itu.

Kampung Nelayan Sungai Balang




















Kolam Air Panas














Sejarah Kolam Air Panas Sungai Gersik Menurut Sejarah yang dapat di kesan dari Pejabat Pendaftaran Tanah dan cerita orang-orang tua, pembukaan Kg Sungai Gersik ini bermula pada tahun 1883. Peneroka asal kampung ini ialah Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlaku perselisihan keluarga. Penemuan kolam air panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya kolam yang airnya sentiasa panas secara semula jadi terdapat di Daerah Muar khasnya dari Negeri Johor amnya. Kolam air panas ini mula ditemui oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Irsad atau lebih dikenali dengan nama Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911.

Ketika itu, Kampung Sungai Gersik telah diterokai sejauh 2.5 km ke pendalaman dan kawasan sekitar Kolam Air Panas ini masih lagi hutan belantara. Pada suatu hari, Haji Abdul Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari linau dan anak kayu untuk dijadikan bahan membuat pondoknya. Setelah linau dan anak kayu diperolehi menjelang tengahari, beliau ternampak sesuatu yang aneh menyerupai sebuah tasik kecil bergaris pusat kira-kira 3 meter dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya menggelegak dan berasap mengalir ke lembah disekitarnya. Setelah itu, Haji Abdul Rahman berasa seram dan takut lalu terus meninggalkan tempat itu tanpa mengambil kayu yang dikumpulkannya tadi. Malang sungguh nasib Haji Abdul Rahman kerana beliau tidak berjaya mencari jalan pulang, sesat hingga ke senja.

Haji Abdul Rahman pun pulang lantas menceritakan kisah penemuannya itu kepada penduduk kampung. Anehnya kolam yang menjadi cerita hangat dikalangan penduduk kampung itu tidak pula ditemui bila dicari. Kira-kira 3 bulan kemudian, Haji Abdul Rahman bersama rakannya bernama Rajikan pergi ke hutan mencari anak kayu dan rotan menemui semula kolam air panas yang diceritakan itu. Beliau terus merintis jalan serta membuat tanda pada pokok-pokok sapai ke jalan keluar dari tempat yang tidak dapat dilupai hingga sekarang. Daripada, Pejabat Daerah Muar, JKKK Sg. Gersik

PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Adakalanya, seseorang atau kumpulan pendakai/penjelajah menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa mengembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang atau Kumpulan itu sesat semasa menjelajah atau exipedisi dalam hutan.


Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.

b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.

c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.

d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagat kita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.

e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.


KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa di dalam hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

1. Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastik yang berasingan)


2. Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


3. Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (masukan dalam kota mancis yang beserta mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.

training camp



The objective of setting up this type of training camp is to expose the younger children to natural environment. The type of training camp is held during the school holidays. They are taught, among other things, the following:-

1. Safety and awareness of the environment
2. Love nature and learn to keep the environment clean
3. Develop team-work
4. Create self-confidence
5. Maintain discipline



Kids will learn the proper way in camping, set up camp, learn how to start a fire, cook as well as some basic survival skills in the jungle.

Anda masih tercari-cari tapak untuk berkhemah




Anda masih tercari-cari tapak untuk berkhemah ? Mengapa tidak menghubungi kami, kami menyediakan tempat yang sesuai untuk anda, harga yang berpatutan, anda tidak menduka sama sekali. Di bawah kedamaian suasana kampung, dengan udara segar anda amat selesa bermalam di dalam khemah diperkarangan damai desa D'impian Country Resort, Muar. Mengapa anda tidak mencubanya, kunjungi kami di sini, jumpa kami di sini kita akan bersama maraikannya. Tapak perkhemahan, pusat motivasi, penginapan selesa, untuk semua golongan, unit beruniform, pengakap, kadet remaja sekolah (krs) (tkrs), puteri islam, kadet polis.