Thursday, November 22, 2012

Kampung Pengantin D'impian Country Resort


Kampung Pengantin D'impian Country Resort menawarkan perkhidmatan perancang dan perunding perkahwinan secara lengkap mengikut bajet yang mereka mahukan.


KONSEP persandingan di dalam taman kian menjadi pilihan pengantin hari ini.



ADAKAH anda pernah menonton filem The Wedding Planner yang dilakonkan oleh Jeniffer Lopez? Jika ya, tentu sekali anda dapat gambarkan betapa payah dan mencabar tugas seorang atau sebuah syarikat perancang perkahwinan.
Bermula daripada menyelia, merancang dan mengurus perjalanan sesebuah majlis perkahwinan sehinggalah pasangan mempelai ke jinjang pelamin.
Daripada persiapan baju persalinan, hidangan lauk-pauk, khemah, sistem bunyi, pelamin malah jurusolek disediakan oleh perancang perkahwinan.
Pendek kata, tugas perancang perkahwinan bermula daripada tiada apa sehinggalah tetamu terakhir meninggalkan majlis berkenaan.
Kesuntukan masa untuk melakukan persiapan majlis perkahwinan, sering menyebabkan khidmat perancang perkahwinan amat diperlukan.
Selain itu, keterbatasan kemudahan masyarakat kota untuk mengendalikan majlis perkahwinan secara bergotong-royong juga memberi peluang kepada perancang perkahwinan untuk mengendalikan perkahwinan tersebut.
Maklumlah, melaksanakan sebuah majlis perkahwinan sudah tentu memerlukan satu komitmen yang besar daripada seluruh anggota keluarga.
Atas faktor desakan kesibukan dan inginkan majlis berjalan dengan sempurna tanpa 'pening kepala' atau berserabut memikirkannya, tugas berat mengurus majlis perkahwinan diserah sepenuhnya kepada pengendali atau perancang perkahwinan.

KAMPUNG Pengantin inir juga menawarkan hidangan panggang dan bufet.



MEMPELAI akan disolek oleh jurusolek profesional.


D'impian  mengatur dan mengurus sesebuah majlis perkahwinan sehingga ia menjadi majlis yang meninggalkan kenangan manis bukan sahaja kepada kedua mempelai, bahkan seluruh ahli keluarga terbabit.
"Kami melakukan semuanya, apa sahaja yang berkaitan dengan urusan perkahwinan. Biasanya, kami akan memulakan kerja enam bulan sebelum majlis perkahwinan diadakan.
"Tugas kami memastikan kaum keluarga, pengantin dan ibu bapa mereka tidak akan berasa resah. Kami akan mengendalikan semuanya daripada A hingga Z dan keluarga pengantin tidak perlu bersusah payah," 
Katanya, Kampung Pengantin D'impian Country Resort menawarkan perkhidmatan perancang dan perunding perkahwinan secara lengkap mengikut bajet kedua mempelai.
"Sebaik sahaja perkhidmatan kami diperlukan, apa yang kami lakukan ialah membuat cadangan ke atas apa sahaja kelengkapan yang diingini," katanya.
Antaranya, bentuk majlis yang diadakan, tema, pelamin, tata rias, kad undangan perkahwinan, hantaran dan sebagainya.
Semuanya dibuat dalam satu pakej sehingga ke acara bersanding, muzik iringan dan berinai.
Menariknya, Kampung Pengantin Kuala Lumpur juga membina satu lokasi yang bertemakan taman di mana sebuah dewan besar akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang bertema.
Sementara itu, dewan tersebut akan dihiasi dengan dekorasi dalaman dan luaran seolah-olah berada di sebuah taman yang dipenuhi hiasan bunga-bungaan.
Selain pihak perunding perkahwinan memberikan idea dan pandangan, keluarga pengantin juga akan diminta memberi pendapat tentang bagaimana majlis itu mahu diadakan.
"Sekarang ini, ramai pasangan memilih konsep persandingan di dalam taman," katanya.
D'impian Catering :: link 
D'impian Event Photo :: link 

No comments:

Post a Comment