Tuesday, December 8, 2015


MEETING KOPERASI
5 DISEMBER 2015

10AM Hingga 6PM
50 Orang







Tuesday, December 1, 2015

KEM SMART SOLAT
KINI BERMULA!!



Kami warga D'IMPIAN RESORT & TRAINING CENTRE, sekali lagi, ingin
mempelawa anak-anak anda khususnya yang berumur antara 7-15 tahun untuk
mengikuti program bermanfaat ini.

KEM INI AKAN DIJALANKAN PADA TARIKH & MASA BERIKUT
9 / 16 / 23 DISEMBER 2015
9:00pagi HINGGA 6:00petang

Bertempat di D'Impian Resort Training Centre,
Lot 384B, 84000, Parit Jawa, Muar.

Terhad untuk beberapa peserta sahaja!!

DAFTAR SEGERA!
MAKLUMAT LANJUT, SILA LIHAT POSTER DIBAWAH 
@ HUBUNGI DI TALIAN

06-987 2757


Thursday, November 26, 2015

SALAM JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI..

BERITA BAIK BUAT ANDA SEMUA!!
SILA BACA DENGAN TENANG..


SEBELUM ITU, SILA PANGGIL, RAKAN-RAKAN, ANDA,
BIAR MEREKA TAHU, APA YANG SEDANG BERLAKU.

GELOMBANG PROMOSI TELAH MELANDA MUAR JOHOR
PROMOSI AWAL TAHUN 
D'IMPIAN RESORT & TRAINING CENTRE MUAR!!

Sempena awal tahun ini..kami telah membuat keputusan
di luar akal, untuk memberi pakej yang menarik secara PERCUMA!
diulangi, SECARA PERCUMA! khas, buat anda semua!


Fasiliti yang selesa diberi kepada anda, dengan PERCUMA 30% PENJIMATAN bermula JANUARI - MAC 2016!

Antara fasiliti yang disediakan:
1-Penginapan.
2-Dewan.
3-Dewan makan.
4-Makan minum 10x.
5-Obstacle.

Kami juga menyediakan beberapa Kem atau program sempena cuti sekolah dengan harga TERBAIK! Antara Kem dan program yang disediakan:

1-Kem Tahfiz.
2-Kem Solat.

UNTUK PENGETAHUAN ANDA, KEM CUTI SEKOLAH 
TELAH PUN PENUH DIDAFTAR. PENDAFTARAN KEM CUTI SEKOLAH SELEPAS 
TARIKH 27 NOVEMBER 2015, AKAN DITUNDA KE HARI LAIN.

Sudah pastinya kami bukan sahaja memberi, malah
menyelamatkan anak-anak anda dari cuti yang sia-sia,
untuk kepuasan dan keseronokan peserta, kami juga menyediakan aktiviti-aktivi yang menarik!

MAKLUMAT LANJUT
SILA RUJUK POSTER DIBAWAH
ATAU HUBUNGI DI TALIAN INI !!

06-9872757
012-2724576

KONGSIKAN PERKARA BAIK INI KEPADA RAKAN-RAKAN
YANG LAIN,

KAMI PERCAYA, MEREKA PERLUKAN KEM
SEBEGINI, DEMI YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAK MEREKA!


Saturday, November 21, 2015

Kem Kepimpinan SMK Buluh Kasap


Berapa hari ini, SMK Buluh Kasap telah menjalankan Kem Kepimpinan, bertempat
di D'Impian Country Resort.. Bersama dengan mereka, seramai 45 orang pelajar, serta 5 orang guru. Program dijalankan selama 3hari 2 malam..iaitu bermula 20 hingga 22 Nov 2015.. Hari ini merupakan hari terakhir mereka bersama kami.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru pengiring yang bertugas, dan tidak lupa juga kepada adik-adik bakal pemimpin masa depan.Kami mendoakan kejayaan anda, dan diharapkan kita dapat bersua lagi di lain hari..INSYAALLAH..

Berikut beberapa gambar aktiviti diambil oleh kami, untuk
dikongsi bersama..




Tuesday, November 17, 2015

Penghargaan Program Motivasi

Semalam keputusan UPSR keluar. Alhamdulilah dapat banyak sms dari bekas peserta yang pernah mengikuti program kami.

Lebih teruja bila salah seorang guru besar dari banyak-banyak sekolah yang kami buat program motivasi memberi penghargaan.

Kita hanya berusaha Allah juga yang menentukannya.

#kitahanyaberusaha

Wednesday, November 11, 2015

TIPS TANAM RUMPUT, DAN BAGAIMANA PENJAGAANNYA

Disini kami amat mengutamakan konsep latihan atau training yang berasaskan
suasana kampung, dan agriculture. Sesuai dengan itu, hari ini, kami ingin berkongsi secara
asas berkenaan dengan "TIPS PENANAMAN RUMPUT".


Menghias laman rumah bukan mudah terutama memilih jenis rumput yang hendak ditanam.
Begitu juga di laman D'IMPIAN COUNTRY RESORT, penjagaan yang rapi akan mengekalkan kehijauan rumput. Rumput yang kelihatan cantik dan segar, akan menjadikan suasana lebih nyaman.

Secara umumnya, terdapat beberapa jenis rumput, dan ini antara yang
biasa ditanam di Malaysia:
1-Rumput Karpet Philipine.
2-Rumput MUtiara.
3-Rumput Lembu (Cow Grass).

RUMPUT KARPET PHILIPINE.
Ramai orang kata rumput karpet Philipine adalah rumput yang mudah ditanam dan mudah
diselengarakan berbanding rumput-rumput lain. Sebab rumput Philipine suka tempat yang
banyak pencahayaan matahari kalau tempat redup memang cepat mati dan tidak berseri lagi.

RUMPUT MUTIARA
Orang kata Rumput Mutiara adalah rumput yang cantik, tidak pening kepala memikirkan
bila nak potong rumput kerana Rumput Mutiara daunnya sentiasa pendek. Tetapi perlu
diingat, penjagaannya amat cerewet sikit kerana Rumput Mutiara ni perlu cukup air
dan baja supaya kelihatan subur menghijau.

RUMPUT LEMBU ( COWGRASS )
Rumput Lembu (Cow Grass) juga cantik tapi ia rumput biasa yang banyak ditanam di
padang sekolah, orang kata mana class tanam rumput ni..hehe..
Kebiasaan Pemaju Perumahan suka tanam rumput ni, kerana ia murah dan jimat.
Bagi kami umput ni ok juga,akan tetapi in cepat panjang dan
kepala mula pening memikirkan tentang potong rumput sebulan sekali

TIPS MENANAM RUMPUT
1-Sebelum kita memulakan menanam rumput kita perlu sediakan beberapa peralatan seperti
  cangkul, pongkes dan perkakas yang dirasakan perlu untuk menanam rumput.

2-Membuang rumput lama serta saki baki bahan binaan yang lazimnya dibuang oleh pekerja
  kontraktor binaan dimasa dulu-dulu, yang paling penting adalah akar rumput lama perlu
  dibuang habis bagi mengelakkan rumput lama dan pokok liar tumbuh kembali.

3-Seeloknya kita sembur sedikit racun rumpai yang dicampur dengan sedikit serbuk racun
  benih cambah bagi menghalang rumput lama atau rumput liar tumbuh kembali.
  Setelah siap, kita perlu meratakan tanah serata-ratanya dan letak pasir halus
  atau tanah organik bagi menutup lapisan tanah tadi.

4-Letak kepingan rumput yang hendak ditanam mengikut saiz yang kita nak, dan
  tanam dalam jarak 3 kaki setiap rumput ditanam.

5-Tabur baja dan siram air secukupnya. Antara baja yang bagus untuk suburkan
  rumput gunalah Baja 1515.

6-Akhir sekali perlu diingat, 2 minggu sekali rumput tadi perlu dibaja bagi
  kelihatan segar dan jangan lupa siram air 2 kali sehari.


Sekian saja Tip atau Cara Menanam Rumput dari kami warga kerja DCR.
Selamat Mencuba.


KAMI AKAN KONGSIKAN LAGI PERKARA-PERKARA MENARIK
DI LAIN HARI..NANTIKAN..



Thursday, November 5, 2015

Assalamualaikum dan selamat tengahari..
Harapnya sihat dan ceria selalu!

BERITA BAIK BUAT ANDA SEMUA!!
SILA BACA DENGAN TENANG..


SEBELUM ITU, SILA PANGGIL, RAKAN-RAKAN, ANDA,
BIAR MEREKA TAHU, APA YANG SEDANG BERLAKU.

GELOMBANG PROMOSI TELAH MELANDA MUAR JOHOR
PROMOSI AWAL TAHUN 
D'IMPIAN RESORT & TRAINING CENTRE MUAR!!

Sempena awal tahun ini..kami telah membuat keputusan
di luar akal, untuk memberi pakej yang menarik secara PERCUMA
kepada anda semua!


Fasiliti yang selesa diberi kepada anda, dengan PERCUMA 30% PENJIMATAN bermula JANUARI - MAC 2016!
Antara fasiliti yang disediakan:
1-Penginapan.
2-Dewan.
3-Dewan makan.
4-Makan minum 10x.
5-Obstacle.

Kami juga menyediakan beberapa Kem atau program sempena cuti sekolah dengan harga TERBAIK! Antara Kem dan program yang disediakan:

1-Kem Cuti Sekolah.
2-Kem Tahfiz.
3-Kem Solat.

Sudah pastinya kami bukan sahaja memberi, malah
menyelamatkan anak-anak anda dari cuti yang sia-sia,
untuk kepuasan dan keseronokan peserta, kami juga menyediakan aktiviti-aktivi yang menarik!

MAKLUMAT LANJUT
SILA RUJUK POSTER DIBAWAH
ATAU HUBUNGI DI TALIAN INI !!

06-9872757
012-2724576

KONGSIKAN PERKARA BAIK INI KEPADA RAKAN-RAKAN
YANG LAIN,

KAMI PERCAYA, MEREKA PERLUKAN KEM
SEBEGINI, DEMI YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAK MEREKA!





Tuesday, November 3, 2015

BERITA HARI INI..
"HEBOH SATU MUAR!!"

Assalamualaikum, selamat petang semua..

Sebelum itu, kami mohon maaf tentang perkara yang berlaku beberapa hari
ini di D'IMPIAN RESORT & TRAINING CENTRE PARIT JAWA MUAR..

Berdasarkan maklumat orang awam. Anak-anak muda tidak lagi kelihatan di padang-padang awam,
taman rekreasi, mahupun, di tempat-tempat utama berkumpulnya para belia. Kami sangat kehairanan dan pelik, apatah lagi perkara ini melibatkan kami. Kami juga dimarahi, kerana tidak menyampaikan berita ini lebih awal!

Kami berjaya menemubual seorang lelaki dalam lingkungan 30an. Kami menanyakan kepada
beliau "apa yang sedang berlaku sebenarnya?" Beliau menjawab "anak kami secara tiba-tiba
tidak lalu makan, beg besar juga telah dipersiap seolah-olah nak pergi ke suatu tempat! "






PROMOSI AKHIR TAHUN KEM CUTI SEKOLAH
KINI BERMULA!!

27 HINGGA 29 NOVEMBER 2015


HUBUNGI DI TALIAN
06-9872757
012-2724576


Wednesday, October 28, 2015

MOHON BANTUAN ANDA UNTUK SAMPAIKAN BERITA INI KEPADA MEREKA 
YANG INGIN TAHU !!

Assalamualaikum dan selamat tengahari..


SEMINAR BANGUN SELEPAS JATUH 

Tarikh :: 31Oktober2015 (Sabtu)
Tempat :: Perpustawaan Shah Alam, Selangor. (Detial akn di maklumkan)
Masa :: Jam 10 Pagi - 4 Petang. 
Yuran :: Seorang RM60 sahaja jika berdua RM100. (Untuk bayaran dewan sahaja ).

Pagi ni saya tawarkan satu seminar PERCUMA. Tetapi saya ambil sedikit bayaran untuk bayaran dewan sahaja dan bayaran staf. Saya maksudkan perkongsian saya percuma. Sekarang ni mana ada yang free. saya hadir dari Muar ke Shah Alam untuk berkongsi. seminar ni biasanya saya ambil RM300 seorang. Seminar ni saya berikan formula bangun selepas jatuh. Datanglah ramai-ramai, bawa anak, bawa isteri, bawa suami, bawa atuk, jika semua staf ke pun boleh.

Mendaftar 
.
Mudah sangat
1. Boleh Whatsapp atau SMS pengurus saya, berikan NAMA dan Phone number (semua peserta) hantar ke 013-7999415.
.
2. Boleh juga Masej saya di FB juga..( Baharuddin Mohamed )
.
Buat bayaran ke 501589003549 atas nama Dimpian Inn (Maybank). Bawa slip bank jika sudah membuat pembayaran. Jika tidak, anda juga boleh membawar waktu pendaftaran.Tapi saya mohon sangat-sangat. Fikir baik-baik boleh datang ke tidak. biasanya kalau seminar macam ni tak minta bayaran ramai yang mendaftar tetapi tak datang bila majlis. jangan macam tu ya. Sebab staf saya perlu menempah bilik seminar.
.
Harapnya dapatlah 100 orang yang hadir saya ambil bilik seminar yang besar. Saya orang bisnes. Jadinya kalau dapat 30 orang pun saya jalankan. Seminar ini memang berbaloi. jemputlah datang. Ada hadiah kapada peserta bertuah nanti ole-ole dari MUAR..

-Baharuddin Mohamed-


Monday, October 26, 2015

PENGENALAN
D'impian Country Resort ( DCR )

Assalamualaikum dan selamat petang..
Semoga anda semua sihat ceria hendaknya..

Sedikit perkongsian berkenaan dengan D'impian Country Resort (DCR).
Resort ini dibina berdasarkan konsep suasana perkampungan latihan dan rekreasi yang selesa, tenang dan indah..dimana, selain rumput hijau segar yang memenuhi perkarangan DCR, terdapat juga taman haiwan..kolam ikan..dan sebagainya. Jadi, sudah pastinya, menjadi pilihan dan idaman setiap orang untuk merasai dan mengamati suasana kampung sebenar. Antara aktiviti yang dijalankan disini adalah perkampungan pengantin, kem motivasi, penginapan dan seminar untuk pegawai kerajaan, swasta, pelajar IPT juga pelajar sekolah.

Sebarang pertanyaan, anda bolehla ke talian tertera diatas..

Sampai disini sahaja. Kami akan kongsikan lagi perkara menarik, pada posting
yang akan datang..nantikan..








Friday, September 4, 2015

Lawatan YB Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan di
D'Impian Country Resort pada 27 Ogos 2015

TERUJA...YB dibawa melihat ternakkan kambing.


YB bersama pengasas D'Impian Group dan pelajar SK Senggarang.




Kem Motivasi SK Senggarang bertempat di D'impian Country Resort
27 hingga 28 Ogos 2015, seramai 165 orang.
Hari pertama, sesi bergambar.

Pelajar berkumpul untuk sesi taklimat.


Sesi membahagikan kumpulan, sebelum ke khemah masing-masing.

Sarapan pagi.

Pelajar kelihatan selera dengan kuih muih yang disediakan.

Friday, April 3, 2015

Cerita D'impian Country Resort


Anda tercari-cari tempat kem latihan dan motivasi ?. Mencari tapak perkhemahan yang budget dan murah untuk sekolah dan IPT ?.

D'impian Country Resort (DCR) adalah jawapannya. DCR merupakan salah satu rangkaian perniagaan dibawah D'impian Group. Resort ini terletak di 234, Kampung Sungai Belukang, Semerah Batu Pahat. Resort ini mudah dicari kerana berada di jalan Muar-Batu Pahat. Lebih kurang 30 KM dari bandar Muar dan 25 KM dari bandar Batu Pahat.

D'impian Group mempunyai 2 buah pusat latihan iaitu D'impian Country Resort dan D'impian Resort & Training Center di Parit Jawa Muar. Ia adalah dua buah pusat latihan yang berbeza. Kedua-dua resort ini mempunyai kelebihan masing-masing yang berbeza.

Kem latihan ini menyediakan tapak perkhemahan , tempat berkursus atau seminar, padang kawad untuk aktiviti badan beruniform, percutian keluarga ala kampung, pakej Hari Keluarga ( Family Day ), tempat mesyuarat, majlis keramaian, menganjurkan kem motivasi dan kecemerlangan pelajar serta pusat rekreasi lasak dan motorcross.
Mengapa anda memilih DRC sebagai tempat latihan anda ?

1. Suasana kampung yang damai 

Kem latihan ini dikelilingi oleh pokok-pokok dan tanaman hijau. Anda boleh menikmati air kelapa muda dan buah-buahan dari dusun kami jika ada musim buah-buahan. Kem ini meliputi 11 ekar iaitu 5 ekar kawasan latihan dan 6 ekar kawasan ladang kelapa sawit.

Pokok Kelapa

Di kelilingi pokok hijau


Pokok buah langsat

2. Berkongsepkan Agro-tourism

D'impian Country Resort berkongsepkan resort dalam taman dan suasana latihan dikelilingi kampung dan haiwan peliharaan. terdapat beberapa taman haiwan yang di pelihara disini antaranya adalah taman arnab, taman burung, ternakan lembu, ternakan rusa, ternakan ayam kampung, ternakan ayam belanda selain dari beberapa jenis haiwan pemeliharaan yang banyak di sini.
Taman Arnab


Taman Burung


Aktiviti bersama kambing yang jinak

Aktiviti memancing kolam


3. Penginapan dan kemudahan yang selesa

Terdapat Tujuh Bilik penginapan yang luas berhawa dingin. Setiap satunya berlainan luasnya.
Penginapan  kami boleh menampung 100 - 120 orang peserta dalam satu-satu masa. 

Ruangan surau 

Ruang Tamu 


Bilik pengiapan penceramah

Dewan Makan tertutup untuk VVIP



Terdapat dua buah dewan tertutup untuk kuliah. 1 berkapasiti 60 orang dan
1 dewan berkapasiti 100 peserta



4. Berkluasan Luas 11 ekar

Kem Ibadah

Aktiviti outdoor

Aktiviti BBQ

Ceramah Dewan Terbuka

Sukaneka

Tapak perkhemahan




Aktiviti luar 

DCR juga boleh jadikan majlis perkhawinan atau tempat hari keluarga juga majlis keramaian

5. Dewan berhawa dingin


Dewan Aina

Dewan Aina

Dewan Aifa


7. Dewan Makan terbuka

Dewan makan terbuka
8. Akiviti Luar

Sukan lasak ATV

Panjat memetik buah - buahan


Aktiviti luar


Aktiviti latihan berhalangan

Aktiviti sembelih ayam kampung

Keliling kampung dengan gerabak

Aktiviti berbasikal di padang yang luas


9. Sesuai untuk

- Kem latihan Motivasi
- Seminar
- Tapak Perkhemahan
- Hari Keluarga
- Reunion
- BBQ
- Aktiviti Berkumpulan

1. Tapak Perkhemahan 200 orang
2. Dewan Terbuka
3. Dataran Kawat - 200 orang
4. Surau
5. Dewan Makan terbuka
6. Bilik Air / Tandas
7. Padang Bola
8. Set BBQ
9. Berhampiran Pekan - 1KM
10. Kolam Mancing
11. Masjid 2.5 km