Monday, May 19, 2014

Kem Kecemerlangan Anak Soleh 2014




[ Kem Kecemerlangan Anak Soleh 2014 ]

Mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Anda sedang memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem Motivasi biasa! Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak & remaja yang lebih hebat! Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat!

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2014

direka khas untuk kanak-kanak dan remaja berusia

10 tahun sehingga 17 tahun!

PERSOALAN UNTUK ANDA!

Anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai? Ingin mengubah kelemahan ini? Apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato?!

Anak anda lemah dalam akademik? Sukar memahami kenapa anak tidak mampu cemerlang di sekolah? Apa kata kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?!

Jadikan anak anda menjaga solat, menjadi anak yang soleh dan mendengar nasihat kita.

JIKA ANDA MEMPERCAYAI KAMI UNTUK MEMBIMBING ANAK ANDA, SERTAI PROGRAM CUTI SEKOLAH 2014 SEKARANG!

---------------------------------
Kem Anak Soleh Cemerlang
===================


Tarikh :: 1- 4 Jun 2014 (Ahad - Rabu) - 4 Hari 3 malam

Tempat :: D'impian Resort & Training Centre, Muar

Yuran :: RM 180 Seorang tetapi untuk 50 orang pertama ada hadiah istimewa nanti. Cepat mendaftar, tempat adalah terhad. Termasuk modul, penginapan, makan dan sijil

TERHAD KEPADA 80 ORANG SAHAJA

Cara mendaftar ::

1. SMS : Nama, Email, Phone , Sekolah hantar ke 0197778431 anda juga boleh email ke dimpianresort@gmail.com

2. Bankin deposit RM50.00 ke Maybank Zawiyah Saimin (551584051539). Anda juga boleh membayar terus ke pejabat D'impian Resort & Training Centre, Muar ( 06-9872757 )

3. Bawa pembuktian bayaran masa pendaftaran

Sebarang pertanyaan boleh berhubung ke talian

012-2724576 / 019-7778431 / 06-98727557

Kem Kecemerlangan Anak Soleh 2014




[ Kem Kecemerlangan Anak Soleh 2014 ]

Mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Anda sedang memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem Motivasi biasa! Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak & remaja yang lebih hebat! Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat!

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2014

direka khas untuk kanak-kanak dan remaja berusia

10 tahun sehingga 17 tahun!

PERSOALAN UNTUK ANDA!

Anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai? Ingin mengubah kelemahan ini? Apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato?!

Anak anda lemah dalam akademik? Sukar memahami kenapa anak tidak mampu cemerlang di sekolah? Apa kata kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?!

Jadikan anak anda menjaga solat, menjadi anak yang soleh dan mendengar nasihat kita.

JIKA ANDA MEMPERCAYAI KAMI UNTUK MEMBIMBING ANAK ANDA, SERTAI PROGRAM CUTI SEKOLAH 2014 SEKARANG!

---------------------------------
Kem Anak Soleh Cemerlang
===================


Tarikh :: 1- 4 Jun 2014 (Ahad - Rabu) - 4 Hari 3 malam

Tempat :: D'impian Resort & Training Centre, Muar

Yuran :: RM 180 Seorang tetapi untuk 50 orang pertama ada hadiah istimewa nanti. Cepat mendaftar, tempat adalah terhad. Termasuk modul, penginapan, makan dan sijil

TERHAD KEPADA 80 ORANG SAHAJA

Cara mendaftar ::

1. SMS : Nama, Email, Phone , Sekolah hantar ke 0197778431 anda juga boleh email ke dimpianresort@gmail.com

2. Bankin deposit RM50.00 ke Maybank Zawiyah Saimin (551584051539). Anda juga boleh membayar terus ke pejabat D'impian Resort & Training Centre, Muar ( 06-9872757 )

3. Bawa pembuktian bayaran masa pendaftaran

Sebarang pertanyaan boleh berhubung ke talian

012-2724576 / 019-7778431 / 06-98727557

Saturday, May 17, 2014

Modul Ikhtiar Hidup di D'impian Country Resort

D'impian SURVIVAL Camp


The objective of setting up this type of training camp is to expose the younger children to natural environment. The type of training camp is held during the school holidays. They are taught, among other things, the following:-

1. Safety and awareness of the environment
2. Love nature and learn to keep the environment clean
3. Develop team-work
4. Create self-confidence
5. Maintain discipline


Kids will learn the proper way in camping, set up camp, learn how to start a fire, cook as well as some basic survival skills in the jungle.


Chelat untuk peserta atau urusetia


D'impian Country Resort banyak menjalankan SURVIVAL Camp telah beroperasi hampir 2 tahun. Namun sebelumnya memang terlalu banyak program - program perkhemahan telah dibuat di sini sama ada di peringkat daerah , negeri mahupun kebangsaan semenjak tahun kebelakangan ini. Kawasan ini sangat terkenal untuk melakukan aktiviti perkelahan , perkhemahan, kawat beruniform, kem motivasi, xpdc , merentas hutan dan hari keluarga. Apapun dalam merealisasikan sokongan terhadap pelancongan di Johor maka DCR telah di tubuhkan bagi membantu menguruskan perjalanan aktiviti - aktiviti perkhemahan dan kem motivasi di kawasan terbabit agar para peserta dapat berkursus dalam keadaan lebih baik dan selesa dibawah D'impian Group dan yang lebih khusus DRTC.

Bersantai disuasana kampung


Antara kemudahan yang terdapat di Camp ialah :


1. Tapak Perkhemahan 400 orang
2. DewanTerbuka

3. Dataran Kawat - 200 orang

4. Surau
5. Dewan Makan
6. Bilik Air / Tandas
7. Padang Bola
8. Chalet

9. Chalet Besar
11. Kolam Mandi Air Panas 
12. Set BBQ
13. Set Karaoke
14. Berhampiran Pekan - 1KM
15. Kolam Mancing
16. Kolam Training Rakit
17. Masjid 2.5 km









Berkayak adalah sukan air bagi camp motivasi


Belajar hidup susah, pengalaman yang sangat berharga







PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN


Adakalanya, seseorang atau kumpulan pendakai/penjelajah menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa mengembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang atau Kumpulan itu sesat semasa menjelajah atau exipedisi dalam hutan.


Dalam keadaan sebegini, seseorang harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.

b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.

c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.

d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagat kita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.

e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.


KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)

Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa di dalam hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.

Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:

1. Ubat-Ubatan

(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)

(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )

(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)

(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit

(v). 1 X Tiub krem luka

(vi). Flavin

(vii). 1 X Gulung pembalut luka.

( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastik yang berasingan)


2. Makanan.

(i). 1 X Peket Holicks talets

(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.

(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.


3. Barangan Kegunaan Am.

(i). 5 meter tali

(ii). 5 ela Tali pancing

(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (masukan dalam kota mancis yang beserta mancis)

(iv). 1 X pemetik api.

(v). 1 X Batang lilin kecil

(vi). 1 X Kit penapisan air

(vii) 1 X Cermin Kecil

(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.

(ix). 1 X compass kecil

(x). 1 X gergaji dawai

(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek

(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.

4 May 2014 :: Aktiviti Program Kelab Pelancongan dari Sekolah Menengah Pekan Bharu di DCR

Sek Men Pekan Bharu Muar selalu membuat mendapat kujungan dari beberapa sekolah di seluruh negara. Baru-baru ini mereka mendapat kunjungan dari Sek Men Grik Perak. 

BBQ bersama pelajar 

Pelajar dan urusetia dari Sek Men Pekan Bharu

Menyambut majlis hari lahir



Persembahan

9 -11 May 2014 :: Program Muhibah KRT Dun Sungai Balang

Pada 9 - 11 May 2014 yang lepas diadakan program Muhibah KRT Dun Sungai Balang.
Mereka mendapat kunjungan dari KRT Pontian.

Aktiviti sukanika