Selamat datang 2013. Tulus ikhlas daripada kami warga D'impian group. Semoga terus maju & berjaya dunia & akhirat. aminn.. :) |
Perkampungan latihan dan rekreasi yang selasa, tenang dan indah dengan suasana kampung. Antara aktiviti yang dijalankan disini adalah perkampungan pengantin, kem motivasi, penginapan dan seminar untuk pegawai kerajaan, swasta, pelajar IPT juga pelajar sekolah. Hubungi :: dimpianresort@gmail.com @ 606-9872757 @ 019-7778431
Monday, December 31, 2012
Selamat Tahun Baru 2013
Wednesday, December 12, 2012
Kursus Terbaru
Kem motivasi pelajar cemerlang Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UTHM Dari 23 Nov - 25 Nov 2012 |
Kem motivasi semangat berpasukan dari JKR Negeri Sembilan Dari 10 Dec - 12 Dec 2012 |
Thursday, November 22, 2012
PROMOSI harga bilik
Harga promosi hinga 28 Jun 2013 adalah RM100 sebilik. Bilik ini boleh memuatkan dari 6-10 orang peserta dalam satu masa. Berhawa dingin, bilik air di dalam bilik dan selesa. Harga sebuah villa ini adalah RM650 semalam untuk keseluruhan rumah.
Kampung Pengantin D'impian Country Resort
Kampung Pengantin D'impian Country Resort menawarkan perkhidmatan perancang dan perunding perkahwinan secara lengkap mengikut bajet yang mereka mahukan.
ADAKAH anda pernah menonton filem The Wedding Planner yang dilakonkan oleh Jeniffer Lopez? Jika ya, tentu sekali anda dapat gambarkan betapa payah dan mencabar tugas seorang atau sebuah syarikat perancang perkahwinan.
Bermula daripada menyelia, merancang dan mengurus perjalanan sesebuah majlis perkahwinan sehinggalah pasangan mempelai ke jinjang pelamin.
Daripada persiapan baju persalinan, hidangan lauk-pauk, khemah, sistem bunyi, pelamin malah jurusolek disediakan oleh perancang perkahwinan.
Pendek kata, tugas perancang perkahwinan bermula daripada tiada apa sehinggalah tetamu terakhir meninggalkan majlis berkenaan.
Kesuntukan masa untuk melakukan persiapan majlis perkahwinan, sering menyebabkan khidmat perancang perkahwinan amat diperlukan.
Selain itu, keterbatasan kemudahan masyarakat kota untuk mengendalikan majlis perkahwinan secara bergotong-royong juga memberi peluang kepada perancang perkahwinan untuk mengendalikan perkahwinan tersebut.
Maklumlah, melaksanakan sebuah majlis perkahwinan sudah tentu memerlukan satu komitmen yang besar daripada seluruh anggota keluarga.
Atas faktor desakan kesibukan dan inginkan majlis berjalan dengan sempurna tanpa 'pening kepala' atau berserabut memikirkannya, tugas berat mengurus majlis perkahwinan diserah sepenuhnya kepada pengendali atau perancang perkahwinan.
D'impian mengatur dan mengurus sesebuah majlis perkahwinan sehingga ia menjadi majlis yang meninggalkan kenangan manis bukan sahaja kepada kedua mempelai, bahkan seluruh ahli keluarga terbabit.
"Kami melakukan semuanya, apa sahaja yang berkaitan dengan urusan perkahwinan. Biasanya, kami akan memulakan kerja enam bulan sebelum majlis perkahwinan diadakan.
"Tugas kami memastikan kaum keluarga, pengantin dan ibu bapa mereka tidak akan berasa resah. Kami akan mengendalikan semuanya daripada A hingga Z dan keluarga pengantin tidak perlu bersusah payah,"
Katanya, Kampung Pengantin D'impian Country Resort menawarkan perkhidmatan perancang dan perunding perkahwinan secara lengkap mengikut bajet kedua mempelai.
"Sebaik sahaja perkhidmatan kami diperlukan, apa yang kami lakukan ialah membuat cadangan ke atas apa sahaja kelengkapan yang diingini," katanya.
Antaranya, bentuk majlis yang diadakan, tema, pelamin, tata rias, kad undangan perkahwinan, hantaran dan sebagainya.
Semuanya dibuat dalam satu pakej sehingga ke acara bersanding, muzik iringan dan berinai.
Menariknya, Kampung Pengantin Kuala Lumpur juga membina satu lokasi yang bertemakan taman di mana sebuah dewan besar akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang bertema.
Sementara itu, dewan tersebut akan dihiasi dengan dekorasi dalaman dan luaran seolah-olah berada di sebuah taman yang dipenuhi hiasan bunga-bungaan.
Selain pihak perunding perkahwinan memberikan idea dan pandangan, keluarga pengantin juga akan diminta memberi pendapat tentang bagaimana majlis itu mahu diadakan.
"Sekarang ini, ramai pasangan memilih konsep persandingan di dalam taman," katanya.
D'impian Catering :: link
D'impian Event Photo :: link
Profile
Pengarah urusan D'impian Resort & Training Centre, puan Zawiyah Saimin dan suami
D'impian Country Resort (Batu Pahat) adalah salah satu rangkaian perniagaan D'impian Group yang juga menjalankan jenis perkhidmatan perhotelan dan penginapan di beberapa lokasi iaitu di D'impian inn (Batu Pahat) , D'impian resort & Training Centre dan D'impian Inn (Shah Alam) . Dengan wujudnya tempat ini akan menambah satu lagi tarikan pelancongan terkini di Daerah Muar yang lebih
tepat lagi di Muar dan Batu Pahat.
Terletak kira-kira 30 minit dari susur keluar Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Muar, tempat ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.
Latarbelakang
Syarikat ini secara khususnya mengendalikan perniagaan berasaskan perkhidmatan fasiliti dan pelancongan. Pihak syarikat sememangnya komited dan serius dalam memberi perkhidmatan yang terbaik setelah membekalkan perkhidmatan dan produk-produk kepada pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan orang perseorangan.
Penubuhan resort ini juga menunjukkan bahawa kami juga telah bersedia untuk menghadapi arus globalisasi dan seterusnya membimbing tenaga baru khususnya tenaga professional dan para graduan dari universiti bagi tujuan sebagai generasi pelapis untuk masa hadapan.
Berbekalkan gabungan tenaga ini, kami yakin bahawa kami mampu untuk menyaingi syarikat-syarikat gergasi dan juga syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing dan bukan bumiputera.
Melalui profil ini, kami berharap agar ia dapat memberikan serba sedikit maklumat sebagai asas dalam mengenali operasi yang kami jalankan dan dengan pengalaman serta gabungan kepakaran yang kami ada, kami berasa optimis bagi menawarkan perkhidmatan kami mengikut kepuasan semua pelanggan yang terdiri daripada pelbagai peringkat.
Cerita D'impian di dalam akhbar
LOKASI
MBP 660
NO 234, KAMPUNG SUNGAI BELUKANG,
83600, SEMERAH, BATU PAHAT
JOHOR, MALAYSIA
E-mel : dimpian_inn@yahoo.com
Tel : 06-9872757 / 019 777 8431
CEO D'impian Group
Puan Zawiyah Binti Saimin berasal dari Klang, Selangor. Mendapat pendidikan asas di klang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam. Beliau juga mempunyai Diploma pendidikan dari universiti yang sama. Puan Zawiyah yang lebih mesra dipanggil awin memulakan kerjayanya sebagai seorang guru agama sebelum menceburi bidang perniagaan ini. Kini beliau adalah pengarah urusan bagi beberapa syarikat keluarga yang bernaung dibawah D'impian Group.
Sebut Harga
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØْÙ…َÙ†ِ اارَّØِيم
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُl
Pakej Kursus Motivasi
Pakej Pelajar Sekolah**
Pakej Pelajar IPT**
Pakej Koprat
Harga : RM 80.00 - RM90.00 seorang
Penginapan : Hotel
Makan/Minum : 6 x Sehari :
(2x Sarapan Pagi, 1 x Makan Tengahari, 1x Minum Petang, 1x Makan Malam & 1x Minum Malam)
Kemudahan : Surau, Dewan Terbuka, Dewan Tertutup, Pondok Wakaf, Bilik Air
Bilangan Peserta : Minimum 50 orang / maksimum 150 orang
Harga : RM 40.00 - RM45.00 seorang
Penginapan : Dorm / Chalet
Makan/Minum : 6 x Sehari :
(2x Sarapan Pagi, 1 x Makan Tengahari, 1x Minum Petang, 1x Makan Malam & 1x Minum Malam)
Kemudahan : Surau, Dewan Terbuka, Dewan Tertutup, Pondok Wakaf, Bilik Air
Bilangan Peserta : Minimum 50 orang / maksimum 250 orang
Pakej Pelajar IPT**
Harga : RM 50.00 - RM55.00 seorang
Penginapan : Dorm / Chalet
Makan/Minum : 6 x Sehari :
(2x Sarapan Pagi, 1 x Makan Tengahari, 1x Minum Petang, 1x Makan Malam & 1x Minum Malam)
Kemudahan : Surau, Dewan Terbuka, Dewan Tertutup, Pondok Wakaf, Bilik Air
Bilangan Peserta : Minimum 50 orang / maksimum 150 orang
Pakej Koprat
Harga : RM 80.00 - RM90.00 seorang
Penginapan : Hotel
Makan/Minum : 6 x Sehari :
(2x Sarapan Pagi, 1 x Makan Tengahari, 1x Minum Petang, 1x Makan Malam & 1x Minum Malam)
Kemudahan : Surau, Dewan Terbuka, Dewan Tertutup, Pondok Wakaf, Bilik Air
Bilangan Peserta : Minimum 50 orang / maksimum 150 orang
Kursus Mesyuarat dan Jamuan
Ramai antara pengunjung serta pelanggan Hetol D'Impian Inn dan D'impian resort & Training Centre (DRTC) yang tak tahu yang kami sebenarnya menyediakan perkhidmatan pengurusan acara (event management). Pihak kami mampu menyediakan perkhidmatan untuk kenduri kahwin, majlis jamuan makan, majlis hari jadi, dan sebagainya.
Terdapat beberapa jenis dewan yang disediakan mengikut kesesuaian majlis dan jumlah peserta:
1. PAKEJ PENGUNAAN DEWAN KECIL KAPASITI (30 ORQNG)
i) Pakej Penggunaan 1/2 hari
(9.00am - 1.00pm / 2.00pm - 6.00am)
- RM 25 per orang (min 15 org)
- 1 x sarapan pagi / tea break (coffee / tea dengan 2 snack)
- PA System
- Projektor
- Layar putih
- White board & flip chart
- Air mineral
ii) Pakej 1 Hari Penuh
(9.00am - 5.00pm / 5.00pm - 11.00pm)
- RM 50 per orang (min 15 org)
- 1 x sarapan pagi / minum pagi (coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 x minum petang / minum malam ( coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 x makan tengahari / makan malam
- PA System
- Projektor
- Skrin putih
- White board / flip board
- air mineral
2. PAKEJ DEWAN TERATAI (KAPASITI 100 -150 ORANG)
i) Pakej 1/2 hari
(9.00am - 1.00pm / 2.00pm - 6.00pm)
- RM 30 per orang
- 1 x sarapan pagi / minum pagi (coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 x makan tengahari / minum petang (coffee / tea dengan 2 snack)
- PA System
- Projektor
- Skrin putih
- White board / flip chart
- Air mineral
ii) Pakej 1 hari
(9.00am - 5.00pm / 5.00pm - 11.00pm)
- RM 55 per orang
- 1 x sarapan pagi / minum pagi (coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 x supper (coffee / tea dengan 2 snack)
- 1 makan tengahari / 1 makan malam
- P.A System
- Projektor
- Skrin putih
- White board / flip chart
- Air mineral
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak pengurusan hotel atau kopitiam:
- Tel :07 453 2744 / 454 1744 / 06-9872757 /019-7778431
- Fax :07 454 5224
- Emel:dimpian_inn@yahoo.com
AGROTOURISM
D'impian Country Resort berkongsepkan resort dalam taman dan suasana latihan dikelilingi kampung dan haiwan peliharaan. terdapat beberapa taman haiwan yang di pelihara disini antaranya adalah taman arnab, taman burung, ternakan lembu, ternakan rusa, ternakan ayam kampung selain dari beberapa jenis haiwan pemeliharaan yang banyak di sini.
TAMAN ARNAB
Terdapat beberapa spesis arnab di sini. anda boleh dapat melihat gambar arnab dan anda boleh klik di sini |
TAMAN BURUNG
Selain dari taman arnab , di sini juga terdapat taman burung yang terdapat beberapa jenis burung. Jika mahu melihat banyak lagi gambar burung boleh dilihat di link ini |
Ternakan itik telur dan itik daging |
Angsa |
Ternakan ayam kampung |
Dusun durian, rambutan, duku dan langsat yang terdapat di resort boleh klik di sini untuk keterangan lanjut |
Ternakan lembu |
Ternakan ayam daging dan ayam kampung |
Nama saya Aron |
Si Merah |
Si putih |
Terdapat beberapa aktiviti yang sedang dalam pembinaan seperti ladang rusa, berkuda dan beberapa aktiviti sukan lasak.
Ladang rusa yang sedang dibina |
Aktiviti berkuda sangat baik untuk kesihatan. |
Padang paintball |
Here are the packages offered by Agrotourism DCR:
1. Package A (Day Trip) RM 50 (per pax) - Minimum 30 pax, trip / visit to village, traditional houses, paddy field, batik demonstration, weaving, inclusive of breakfast, lunch and hi-tea.
2. Package B (2 Days 1 Night) RM 100 (per pax) - Minimum 30 pax, trip / visit to village, paddy field, rubber tapping demonstration, harvesting palm oil, batik demonstration, cottage industry (IKS), traditional house, cultural show. (Stay with adoptive family inclusive of meals).
3. Package C (3 Days 2 Nights) ,RM 150 (per pax) - Minimum 30 pax, trip / visit to village, paddy field, rubber tapping demonstration, harvesting palm oil, batik demonstration, coco-fiber brush demonstration, explorace, traditional sports, traditional house, cultural show. (Stay with adoptive family inclusive of meals).
4. Package D - Camp Facilities: RM 40 - RM 50 per pax a day (Depends on menu). Inclusive of 6 times meals a day, hostel, hall, prayer room, canteen, PA system and chalets for secretariat. Modul for activites are provided with certain fees.
Belajar menoreh getah
Cultural Show
Community Friendliness
Beautiful Scenic and Panorama of Malay Traditional Village
Local / Traditional Sports
Batik Industry
Rattans and Mengkuang Weaving
Paddy Field
Fruits Farm
Palm-Oils Plantation
Facilities:
Cafe & Karaoke
Kayak
Fishing Pond
3G Coverage & Wifi.
Hostel Camp (Dorm & Chalet).
Explorace Path
Town Hall
Cultural Stage
Pavilion
Hall
Kayak
Fishing Pond
3G Coverage & Wifi.
Hostel Camp (Dorm & Chalet).
Explorace Path
Town Hall
Cultural Stage
Pavilion
Hall
Kegembiraan anak-anak Pantai Leka, Parit Jawa
Pelajar Antarabangsa merasai suasana sawah pada Sungai Balang
Subscribe to:
Posts (Atom)